Pages

Sunday 18 December 2011

Proses Pengaratan

               ASSALAMMUALAIKUM

       Cuba kita lihat dalam ruang lingkup kehidupan kita,  sering kali kita  terjumpa dengan barang-barang mahupun binaan  yang berkarat. contoh yang paling mudah ialah kita lihat di rel-rel kereta api, kapal,  pagar sekolah kita dan lain-lain. ketika mula dipasang pagar itu semestinya kelihatan cantik tetapi dari semasa ke semasa pagar besi itu akan mula berubah warna menjadi keperangan. 


       
mengapa perkara itu berlaku ? 

apakah sebab nya ?

adakah proses ini ada kaitan dengan alam sekitar?

mari kita menjawab semua persoalan itu bersama-sama.

                 Besi akan terkakis jika atom besi melepaskan elektronnya :
 

                   Fe  →  Fe 2+   +  2e ( Pengoksidaan )
          
               Oleh itu besi hanya akan terkakis jika oksigen dan air bertindak sebagai agen
               pengoksidaan bersentuhan dengan besi.




              Oleh kerana kepekatan oksigen terlarut di bahagian tengah titisan air adalah lebih
              rendah  daripada bahagian pinggirnya, maka atom besi di bahagian tengah titisan
              air mengalami proses  pengoksidaan.
 
           Fe  →  Fe 2+   +  2e ( Pengoksidaan )
 
Elektron yang dilepaskan oleh atom besi bergerak ke pinggir titisan air.
molekul oksigen dan molekul air mengalami proses penurunan:
 
         O2+ 2H2O + 4e → 4OH-      ( Penurunan )
 
Ion ferum(II) yang terhasil akan berpadu dengan ion hidroksida untuk membentuk mendakan ferum(II) hidroksida.
 
          Fe2+  +  2OH-    Fe(OH)2 (p)
 
Ferum(II) hidroksida akan dioksidakan oleh oksigen di udara kepada ferum(III) oksida terhidrat yang berwarna perang yang dipanggil karat besi.
    
          2Fe(OH)2 (p) →  Fe2O3.x H2O (p)
                                         karat besi

                                                   Sayonara 




 











 

 

 

 

 

 

 

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment