ASSALAMMUALAIKUM
Orang kata angan-angan itu melalaikan dan melekakan. Tapi
sebenarnya angan- angan adalah pembakar semangat kita untuk berjaya. Dengan adanya
angan-angan, kehidupan seorang itu semakin terarah dan mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Sekali gus langkah demi langkah diatur untuk mencapai matlamat itu. Saya juga tidak terkecuali untuk berangan-angan dan angan-angan itulah yang akan saya
usahakan untuk menjadikannya kenyataan.
INSYAALLAH...
Kali ini saya ingin berkongsi perancangan kehidupan saya yang
selalu saya angan-angankan. Moga-moga dengan perkongsian ada individu di
luar sana yang dapat memanjangkan doa saya. Doa kalian, Insyaallah akan
memudahkan perjalanan perancangan saya ini.
Pada detik ini, saya merupakan mahasiswi di Universiti pendidikan Sultan idris,
melihat kepada tempat saya menuntut ilmu telah dapat mengambarkan saya mengambil
jurusan apa kan. Insyaallah, jika dengan izin-Nya serta berkat doa ibu bapa, guru-guru
dan sahabat dalam masa 3 tahun lagi, dapat lah saya menggenggam segulung
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia.
Hala tuju saya seterusnya boleh dibahagikan kepada dua bentuk perancangan.
Perancangan pertama, jika saya berjaya menjadi seorang guru, saya akan
mencurahkan keringat empat kerat ini demi mendidik anak bangsa saya dan 3 tahun
berikutnya saya akan menyambung pelajaran saya ke peringkat sarjana dalam bidang sains. Saya juga berazam untuk belajar sehingga mendapat gelaran Dr. Dahulu saya bercita-cita
menjadi doktor perubatan tetapi saya tidak pernah sama sekali menguburkan
cita-cita saya begitu sahaja.
Perancangan kedua andai kata belum ada pintu rezeki buat saya untuk
menjadi pendidik. Saya akan mempercepatkan perancangan saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan akan mengintai ruang-ruang kerja selepas itu.
Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Semua perancangan yang telah saya lakukan saya serahkan semuanya kepada Maha Pencipta, moga diizinkan-Nya. Dikala ini saya
akan terus mengerah keringan bagi memastikan saya bergraduan dengan ijazah kelas pertama
SAYONARA
0 comments:
Post a Comment