Pages

Tuesday 20 December 2011

Perancangan Masa Hadapan

ASSALAMMUALAIKUM

  Orang kata angan-angan itu melalaikan dan melekakan. Tapi
sebenarnya  angan- angan adalah pembakar semangat kita untuk berjaya. Dengan adanya 
angan-angan, kehidupan seorang itu semakin  terarah dan  mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Sekali gus langkah demi langkah diatur untuk mencapai matlamat itu. Saya juga tidak  terkecuali untuk  berangan-angan dan angan-angan itulah yang akan saya 
usahakan untuk menjadikannya  kenyataan.
 INSYAALLAH...

                    Kali ini saya ingin berkongsi perancangan kehidupan saya yang 
       selalu saya  angan-angankan. Moga-moga dengan perkongsian ada individu di 
luar sana yang dapat memanjangkan doa saya. Doa kalian,  Insyaallah akan
memudahkan perjalanan perancangan saya ini. 


  Pada detik ini, saya merupakan mahasiswi di Universiti pendidikan Sultan idris,
melihat kepada tempat saya menuntut ilmu telah dapat mengambarkan saya mengambil
 jurusan apa kan. Insyaallah, jika dengan izin-Nya serta berkat doa ibu bapa, guru-guru
 dan sahabat dalam masa  3 tahun lagi, dapat lah saya menggenggam segulung  
Ijazah Sarjana Muda  Pendidikan Kimia.  
Hala tuju saya seterusnya boleh dibahagikan kepada dua bentuk perancangan.

    Perancangan pertama, jika saya berjaya menjadi seorang guru, saya akan
mencurahkan keringat empat kerat ini demi mendidik anak bangsa saya dan  3 tahun 
berikutnya saya akan menyambung pelajaran saya ke peringkat sarjana dalam bidang sains. Saya juga berazam untuk belajar sehingga mendapat gelaran Dr. Dahulu saya bercita-cita
 menjadi doktor perubatan  tetapi saya tidak pernah sama sekali menguburkan 
cita-cita saya  begitu sahaja. 

      Perancangan kedua andai kata belum ada pintu rezeki buat saya untuk 
menjadi pendidik. Saya akan mempercepatkan perancangan saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan akan mengintai ruang-ruang kerja selepas itu.

Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Semua perancangan yang telah saya lakukan saya serahkan semuanya kepada Maha Pencipta, moga diizinkan-Nya. Dikala ini saya
akan terus mengerah keringan bagi memastikan saya bergraduan dengan ijazah kelas pertama

SAYONARA


Refleksi 3 : Power Point

ASSALAMMUALAIKUM

      Setelah perjumpaan pertama dan kedua, perjumpaan yang terakhir ialah dengan tujuan mengumpulkan semua power point daripada ahli. Napsiah sebagai ketua telah mengumpulkan semuanya dan disusun mengikut isi kandungan. Napsiah telah berjaya menjadi ketua yang cemerlang kerana bagi memastikan power point yang disediakan menepati kehendak pensyarah, dia telah mengedit power point itu andai ada kesilapan.
           Selesailah kerja kursus kami yang kedua selepas sekolah bestari. Pada hari Isnin kami akn menghantarnya.

Refleksi 2 : Power Point

ASSALAMMUALAIKUM

             Rentetan daripada perjumpaan yang pertama dan seperti yang telah dipersetujui, kami berempat duduk semula untuk memantau kelansungan power point kami. Masing-masing dikehendaki membentangkan kerja-kerja yang telah lakukan. Perbincangan dilakukan untuk menambah baik power point kami. cadangan untuk memasukkan latihan-latihan dan video-video supaya power point ini lebih lengkap. 
             Dalam melakukan aktiviti berkumpulan,  perjumpaan seperti ini amat diperlukan. Hal ini kerana, ia dapat memastikan segala yang dirancang berjalan lancar dan perkongsian idea dapat dijana. melalui perjumpaan ini, saya dapat mengetahui kekurangan yang terdapat dalam power point saya disamping mempelajari sesuatu yang baru.

Refleksi : Power Point

ASSALAMMUALAIKUM.

      Kami telah diberikan tugasan yang seterusnya iaitu menyediakan power point berkaitan topik matapelajaran kimia tingkatan lima. Hasil daripada undian kami mendapat topik yang terakhir. topiknya ialah Kimia Untuk Pengguna. Pada malam itu, telah diadakan perjumpaan pertama antara ahli kumpulan, seramai empat orang. Pada perjumpaan pertama ini, kami melihat isi kandungan tentang topik ini dan seterusnya membahagikannya. Untuk memastikan tidak berlaku berat sebelah, kami menggunakan teknik undian dan masing-masing memperoleh tajuk dan mula mencari maklumat yang diperlukan. Kata sepakat telah dipersetujui yang mana perjumapaan kedua akan dilakukan pada  4 minggu akan datang.

Falsafah Pendidikan Sains

ASSALAMMUALAIKUM

             Jika sebelum ini saya berkongsi tentang falsafah pendidikan yang dapat dalam diri saya, hari ini saya ingin berkongsi tentang falsafah pendidikan  sains negara. Semoga kita dapat menghayati falsafah ini sebaik mungkin. Berikut adalah falsafah yang saya maksudkan.

Pendidikan Sains 
di Malaysia memupuk  budaya sains
dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada 
perkembangan  individu  yang kompetitif, 
dinamik, tangkas dan  berdaya tahan 
serta dapat menguasai ilmu sains 
dan ketrampilan  
teknologi.


            Semoga kita dapat menjadikan falsafah ini sebagai garis panduan selama kita menjadi pendidik dimasa akan datang.


SAYONARA







Sunday 18 December 2011

Setiap Sedutan Membawa Padah



ASSALAMMUALAIKUM
         Kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan rokok... tidak keterlaluan untuk saya memperkatakan bahawa dengan menghisap rokok kita sebenarnya sedang membunuh tubuh badan kita sendiri. Tubuh badan ini pemberian Allah, sepatutnya kita menjaga kurniaan ini sebaik-baiknya. namun dengan menghisap rokok kita sebenarnya sedang melakukan sebaliknya. 
  
        Jom kita tengok ape yang ada dalam sebantang rokok..


    

Banyak nya bahan yang boleh merosakkan sistem dalam badan kita. jika di dalam makmal kita cukup berhati-hati untuk menggunakan bahan kimia. Namun dengan menghisap rokok, bahan kimia ini ibarat mainan buat si perokok...


       Sayangilah mereka yang menyayangi kita, HENTIKAN kepada Perokok dan  LUPAKAN kepada sesiapa yang ingin mencuba. Setiap sedutan membawa padah...

SAYONARA